Friday, 7 June 2024

Summary Of My Life

Hi.

kawan kawan aku cakap, aku yang paling banyak lompat kerja. sejujurnya, aku pun tak sangka dalam 3-4 tahun, aku dah kerja dalam macam macam jenis F&B. ada yang susah, ada yang senang dan tak masuk akal, ada yang aku rasa tak tahan lama pun dalam F&B ni. tapi majority, semua masalah yang sama. bilamana kau pegang jawatan yang tinggi, kau akn disusahkan dengan perangai staff dan masalah kedai yang akan diheretkan atas bahu kau. mampu atau tak untuk kau bertahan dan mencari solusi untuk setiap pemasalahan yang kau hadap. 

June, 2020 - selepas aku selesaikan internship untuk degree, aku mohon jawatan assistant manager sebab aku tahu, aku belum mampu sandang jawatan yang lagi tinggi kerana masih fresh. alhamdulillah rezeki. aku diberikan kepercayaan untuk sandang jawatan Store Manager di Pasta Panas, JKAL. tapi jodoh tak lama dengan PP, selepas 6 bulan aku cari kerja lain. siapa yang tak tahu, Pasta Panas masih baru lagi pada tahun ni. berunsurkan makanan spaghetti dan macaroni, weekday 3k-5k dan weekend boleh cecah 6k-8k. sekarang, PP perkenalkan nasi goreng. im not sure berapa jenis, tapi memang sedap. 

March, 2021 - untuk perkerjaan ni, masih berkait dengan F&B tapi jawatan yang berlainan. masa interview aku minta sebagai Store Manager tapi HOO company offer untuk jawatan Senior Operation Specialist di Agrain. dan aku accept. tahun 2021 adalah tahun gelap untuk aku, dimana babah pergi tinggalkan aku pada bulan 4. mungkin, aku masih lagi tak biasa dengan suasana office dan aku hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja. ramai sebenarnya tak tahu Agrain ni apa, its healthly food actually. dimana makanan dia semua berasaskan vege. nasi dia pun guna cauliflower. 

November, 2021 - aku bersyukur dan tak sangka boleh tahan 2 tahun dalam A&W Malaysia. ditawarkan jawatan Restaurant General Manager adalah pengalaman yang tak dapat aku beli dekat mana mana. banyak yang aku belajar dari zero ke hero. cewah! A&W adalah sejenis F&B semi-fast food. dimana ada order baru buat. tapi ramai yang sangka, sama macam MCD semua dah siap. sering kali bergaduh dengan customer tentang kenyataan yang hampir sama. bilamasa kau mula berfikir untuk tingkatkan financial kau atas faktor umur, tanggungjawab, keluarga. kau mula mencari insentif yang lain.

June, 2023 - mula berjinak untuk mencuba F&B yang berlainan, iaitu Domino's Pizza. dimana kau dah terbiasa dengan system yang laju cepat dan menyenangkan kerja/paperwork sebagai manager, aku culture shock bila mula menapakkan kaki di Domino's. apa yang aku mampu cakap, system masih di tahap yang rendah iaitu PULSE. kesalahan aku adalah dimana aku terlampau bergantung harap kepada system. bilamana, system tak boleh support, kau akan jadi blank untuk selesaikan masalah kau. aku hanya mampu bertahan 4 bulan di Domino's, Ampang Hilir. 

February, 2024 - ramai yang masih belum mengenali jenama makanan ni, sebab masih baru bertapak dalam 2-3 tahun. dari Dahmakan bertukar ke Pop Meals. makanan berasakan nasi, spaghetti dan macaroni. so far untuk aku kerja sekarang, ini yang paling senang. sebab semua sauce, semua jenis ayam, sambal semuanya dalam packet. hanya perlu panaskan dan tadaaa siap dihidangkan. walaupun tak lama dekat sini, company ni sedang berkembang. mencari manusia yang boleh diserapkan yang boleh diharapkan untuk mereka buat penambahbaik. tapi, hanya 5 bulan aku dekat sini sebab aku dapat better offer di tempat yang lain. 

July, 2024 - Open University Malaysia. kerja pertama yang memerlukan aku masuk office. apa yang aku boleh cakap is, "too good to be true". betul apa yang diwar warkan oleh semua orang bahawa. gaji dibayar bagus, environment and culture ok tapi tempat kerja jauh dengan rumah berbanding dengan gaji dibayar biasa, environment toxic tapi tempat kerja dekat dengan rumah. kau tak akan dapat semuanya. mesti akan ada salah satu yang kau kena berkorban. mengambil masa 50-55 min dari Ukay Perdana ke Kelana Jaya sekiranya jem. dan hanya 32 min ke UP - KJ kalau tak banyak kereta yang berada di jalanan. masuk kerja pukul 7.30am. bangun pukul 530-545am untuk bersiap dan bertolak pukul 6.30-645am dan sampai di OUM pada pukul 7.15-7.22am. balik pada pukul 4.30pm. kerja hanya 4 hari setengah dimana jumaat masuk pukul 8am dan balik pukul 12pm.