Friday, 7 June 2024

Summary Of My Life

Hi.

kawan kawan aku cakap, aku yang paling banyak lompat kerja. sejujurnya, aku pun tak sangka dalam 3-4 tahun, aku dah kerja dalam macam macam jenis F&B. ada yang susah, ada yang senang dan tak masuk akal, ada yang aku rasa tak tahan lama pun dalam F&B ni. tapi majority, semua masalah yang sama. bilamana kau pegang jawatan yang tinggi, kau akn disusahkan dengan perangai staff dan masalah kedai yang akan diheretkan atas bahu kau. mampu atau tak untuk kau bertahan dan mencari solusi untuk setiap pemasalahan yang kau hadap. 

June, 2020 - selepas aku selesaikan internship untuk degree, aku mohon jawatan assistant manager sebab aku tahu, aku belum mampu sandang jawatan yang lagi tinggi kerana masih fresh. alhamdulillah rezeki. aku diberikan kepercayaan untuk sandang jawatan Store Manager di Pasta Panas, JKAL. tapi jodoh tak lama dengan PP, selepas 6 bulan aku cari kerja lain. siapa yang tak tahu, Pasta Panas masih baru lagi pada tahun ni. berunsurkan makanan spaghetti dan macaroni, weekday 3k-5k dan weekend boleh cecah 6k-8k. sekarang, PP perkenalkan nasi goreng. im not sure berapa jenis, tapi memang sedap. 

March, 2021 - untuk perkerjaan ni, masih berkait dengan F&B tapi jawatan yang berlainan. masa interview aku minta sebagai Store Manager tapi HOO company offer untuk jawatan Senior Operation Specialist di Agrain. dan aku accept. tahun 2021 adalah tahun gelap untuk aku, dimana babah pergi tinggalkan aku pada bulan 4. mungkin, aku masih lagi tak biasa dengan suasana office dan aku hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja. ramai sebenarnya tak tahu Agrain ni apa, its healthly food actually. dimana makanan dia semua berasaskan vege. nasi dia pun guna cauliflower. 

November, 2021 - aku bersyukur dan tak sangka boleh tahan 2 tahun dalam A&W Malaysia. ditawarkan jawatan Restaurant General Manager adalah pengalaman yang tak dapat aku beli dekat mana mana. banyak yang aku belajar dari zero ke hero. cewah! A&W adalah sejenis F&B semi-fast food. dimana ada order baru buat. tapi ramai yang sangka, sama macam MCD semua dah siap. sering kali bergaduh dengan customer tentang kenyataan yang hampir sama. bilamasa kau mula berfikir untuk tingkatkan financial kau atas faktor umur, tanggungjawab, keluarga. kau mula mencari insentif yang lain.

June, 2023 - mula berjinak untuk mencuba F&B yang berlainan, iaitu Domino's Pizza. dimana kau dah terbiasa dengan system yang laju cepat dan menyenangkan kerja/paperwork sebagai manager, aku culture shock bila mula menapakkan kaki di Domino's. apa yang aku mampu cakap, system masih di tahap yang rendah iaitu PULSE. kesalahan aku adalah dimana aku terlampau bergantung harap kepada system. bilamana, system tak boleh support, kau akan jadi blank untuk selesaikan masalah kau. aku hanya mampu bertahan 4 bulan di Domino's, Ampang Hilir. 

February, 2024 - ramai yang masih belum mengenali jenama makanan ni, sebab masih baru bertapak dalam 2-3 tahun. dari Dahmakan bertukar ke Pop Meals. makanan berasakan nasi, spaghetti dan macaroni. so far untuk aku kerja sekarang, ini yang paling senang. sebab semua sauce, semua jenis ayam, sambal semuanya dalam packet. hanya perlu panaskan dan tadaaa siap dihidangkan. walaupun tak lama dekat sini, company ni sedang berkembang. mencari manusia yang boleh diserapkan yang boleh diharapkan untuk mereka buat penambahbaik. tapi, hanya 5 bulan aku dekat sini sebab aku dapat better offer di tempat yang lain. 

July, 2024 - Open University Malaysia. kerja pertama yang memerlukan aku masuk office. apa yang aku boleh cakap is, "too good to be true". betul apa yang diwar warkan oleh semua orang bahawa. gaji dibayar bagus, environment and culture ok tapi tempat kerja jauh dengan rumah berbanding dengan gaji dibayar biasa, environment toxic tapi tempat kerja dekat dengan rumah. kau tak akan dapat semuanya. mesti akan ada salah satu yang kau kena berkorban. mengambil masa 50-55 min dari Ukay Perdana ke Kelana Jaya sekiranya jem. dan hanya 32 min ke UP - KJ kalau tak banyak kereta yang berada di jalanan. masuk kerja pukul 7.30am. bangun pukul 530-545am untuk bersiap dan bertolak pukul 6.30-645am dan sampai di OUM pada pukul 7.15-7.22am. balik pada pukul 4.30pm. kerja hanya 4 hari setengah dimana jumaat masuk pukul 8am dan balik pukul 12pm. 

Saturday, 15 April 2023

Engagement

12 March 2023 - 20 Sha'ban 1444H

Place : Nenda By Sarimah
Time : 11.00 - 16.00
Pax : 150
Theme : Bersulam / Batik 

Tepat pukul 8.00, bergema suara mama kejut anak buah suruh bangun dan mandi. berbaju batik, kacak rupanya anak buah aku ni. bangun tidur, berdebar excited takut dalam masa yang sama happy. taknak terlampau fikirkan perasaan, terus gerak mandi bersiap berbaju kurung hitam. MUA aku is kak long. banyak kali alter, sebab aku tak berapa suka dengan kening yang terlampau terbentuk. banyak songeh aku ni, dah FOC pun banyak complain. biasa la, anak bongsu. 

Pukul 10.15, kami beransur bergerak sambil bawa hantaran 5 berbalas 7. aku gerak dengan mama, dalam pertengahan perjalanan ke Nenda, teringat bunga tangan aku lupa bawa. bunga tangan yang mengambil masa 2 hari untuk aku siapkan, tapi result dia hmmm... 


anda nilaikan sendiri. kawan baik aku, Atiqah dengan kawan dia Aizat convoi sekali. dah sampai turunkan hantaran, aku heret Atiqah ikut amik bunga tangan dekat rumah. dia masuk kereta, "aku bau hancing, ingatkan aku terpijak air kencing kucing. rupanya bunga ni bau busuk". oh ya, bunga tu bunga hidup yang tidak lagi bernyawa. memang bau busuk. 

10.56, berderet masuk kereta/van dari jalan besar ke jalan kecik lead by Hafizuhri. ada yang datang jauh dari pantai timur, ada yang berdekatan area sini. hati dah tak senang duduk, rasa nak tercabut keluar larikan diri. Tanya dekat Atiqah, "cantik tak? makeup aku tak over? kening aku ok? tudung aku kelakar?". sabarnya seketul Atiqah jawab semua soalan dengan tenang dan confident. "kau cantik, baju kau cantik, make up on point, aku suka muka kau bila pakai tudung macam ni sbb nampak jawline".terima kasih sahabat, kau kawan dunia akhirat <3


11.31, berbunyi ws dari kak long "hoi, masuk sekarang". Ya Allah, aku rasa nak lari dari sini, nak menyorok. perlahan lahan aku langkah kaki pergi ke Nenda, ramai mata memerhati. sementara pengacara majlis umumkan kedatangan aku, Abang Wan sempat kenakan aku, berborak untuk hilangkan gugup. tiba masa, aku masuk dengan langkah kanan. 

Ramainya manusia memerhati. kemungkinan manusia lain nampak aku macam berlari ke pelamin tapi sebenarnya aku malu, kalau boleh aku nak sorok bawah pelamin. "kotak cincin bercahaya", ya unique dan creative bakal tunang aku. ramai mata melihat cahaya tanpa pedulikan cincin yang sepatutnya dilihat dinilai dikagumi. masa berlalu dengan pantas, cincin dah bersarung dijari manis aku. acara memahat kenangan berlaku dengan keluarga aku, keluarga dia, kawan kawan dan bersama Si Tunang. oh ya, kami memang rancang berkurta hitam berbaju kurung hitam. 


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dari awal majlis hingga akhir majlis. in shaa Allah, majlis berjabat tangan akan berlaku pada October,2023. 

Ya Allah if he is not written for me, make him be written for me. Ya Allah if he doesn't love me, put my love in his heart. Ya Allah if he is not my fate, make him my fate. Ya Allah if he is not good for me, make him good for me. Please Ya Allah, if there is mountain between us, make us closer.

Wednesday, 17 August 2022

Hi! 

bila dah lama tak type, its so awkward. banyak nak cerita!

after 6 months, i tender my resignation as senior operation specialist dekat Agrain. i dapat IV A&W as restaurant general manager. daftar on 8 November 2021 and till now. sebulan training dekat MidValley KL, belajar dengan sir Alex which is now dia dah resign. then after a month, pindah masuk outlet sendiri KL East Mall. system dekat MidValley is Transight and KLEM pakai system 360 which is totally jauh beza kds,report, pos. Tapi alhamdulillah

handover sehari do, dalam otak time tu takut gelabah tak percaya sebab this is my first time handle outlet quite besar juga banding dengan Pasta Panas JKAL. alhamdulillah so far so good cuma stress time CER, staff tak cukup, manager tak cukup. 1st quater CER dapat result 93/100. 2nd quater: 70/100. revisit for 2nd quarter: 73/100. kenapa ada revisit? untuk lulus CER A&W: 80 and above. and now tunggu untuk 3rd quater bulan August or September. setiap tahun ada 4 kali CER. apa perancangan? nak kekal lama? seriously i dont know. tapi my plan rn is, cukupkan setahun dua tahun then cari kerja lain. 


and you know, after 2 years! finally! convo juga pada bulan March. seriously time tu still 50% nak pergi or tak sebab if i go, Ya Allah banyaknya kenangan dgn babah dekat johor. borak dengan kak lang dengan kak ngah. and mama pun cakap yang i macam taknak pergi sebab lagi seminggu convo but i still tak bayar untuk convo and hotel pn tak cari. but then, fikir balik bincang dengan kakak. mama pun nak tengok i amik convo kan? nak tengok i dekat atas pentas pegang stroll. eventho babah tak ada, tapi i tahu babah bangga dengan i :) haha and yes time nyanyi lagu "Standing in the Eyes" by ella, lect suruh tengok dekat parents and that time hahaha air mata mengalir. happy but at the same time, Ya Allah sedihnya. lain convo this time, satu sebab babah tak ada, kak ngah dengan kak long tak dapat datang. kak lang je yang datang. tu pun tak amik pun gambar family. tapi i ada gambar dengan mama. hoho so i ok :)

Monday, 11 October 2021

Happy Birthday

 Assalamualaikum Babah! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Muhamad Rusdi, Allah selamatkan kamu. Happy Birthday Babah. Tahun ni kita tak dapat nak celebrate birthday macam selalu, tak ada makan², tak ada keluar jalan². Syamimi rindu babah 😭 sakit dia masih lagi terasa, masih lagi segar dalam ingatan, macam mana babah tengok, macam mana babah panggil, macam mana babah jalan, macam mana babah marah. Babah sangat kuat, sangat² kuat. Semua sakit, babah tak pernah complain, tak pernah mengadu, tak pernah cakap. Semuanya babah simpan sendiri. Bah, tak ada apa lagi syamimi harap selain, semoga babah sentiasa tenang, dihimpunkan bersama dengan orang² yang beriman, ditempatkan di Syurga Firdaus, diampunkan segala dosa babah, dilapangkan kubur babah. Nanti kita semua akan jumpa kan bah? Nanti kita celebrate semuaaaaaaaaa sekali ok? Tunggu syamimi. I LOVE YOU SO MUCH! 


Al- Fatihah Muhamad Rusdi Abdul Rahman 🥰

Thursday, 30 September 2021

October 🥲


Assalamualaikum babah! Hi bah hi bah hi bah!!! Haha esok dah masuk bulan 10 dah bah. Bulan yang sangat tough untuk syamimi. 7/10, 9/10, 11/10. Selang satu hari monthsary, selang satu hari babah 6 bulan, selang satu hari birthday babah 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Kita tak dapat celebrate birthday sama², tak dapat makan cake, tak dapat makan makanan fav babah, kambing. Cepat sangat masa berlalu ya Allah. Oh babah, nanti in shaa Allah, paling lewat 9/11 dah siap tempat baru babah. Tadi syamimi pergi dengan mama, bincang semua and tengok babah sekali. Hari ni ada ahli baru datang, semoga roh dikalangan orang² yang beriman. 

Babah, nanti e-convo syamimi bulan 11. Tapi dia orang cakap tunggu keputusan sebab esok start semua dah boleh. And may be merentas negeri pertengahan bulan 10. Harap dapat convo macam biasa. Tapi nanti mesti syamimi nangis, sebab selalu kita bertiga akan amik gambar and babah orang yang akan amik gambar banyakkkkkk banyakkkk, gambar syamimi, gambar convo, gambar semuaaaaa. Tahun ni lain sangat bah. Tahun ni betul² dugaan untuk syamimi. 

Babah, bukan bulan 10 je yang tough, nanti bulan 4 pun sama. Sepatutnya kita orang dah 2 tahun, babah dah 1 tahun 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 rasa sekejap sangat. Tahun ni syamimi banyak kehilangan, bah. Syamimi hilang babah, syamimi hilang kerja, syamimi hilang dia. 

Teringat time babah sakit, lepas babah dah minum air, syamimi kasi ais cream. Tapi time tu syamimi cakap, tak abiskan air, tak nak kasi ais cream. Time tu syamimi menyesal sebab babah tak abiskan air and syamimi pergi dapur kemas, terus nak masuk bilik tak nak kasi babah aiscream. Tapi babah tengok syamimi je time tu, syamimi perasan, tanya nak ais cream ke. Babah angguk 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 syamimi pergi amikkan and suapkan untuk babah. Ya Allah, kalau syamimi tak perasan time tu, syamimi biarkan je babah. Kejamnya aku time tu ya Allah. Kejamnya aku time babah sakit time babah perlukan aku 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 babah tak pernah buat aku macam tu. Ya Allah. Teringat babah tetiba hulur tangan. Teringat babah tetiba angkat tangan. Syamimi tak pernah nampak babah nangis selama syamimi hidup. Tapi time babah sakit, ya Allah. Betapa sakitnya hati bila nampak babah nangis depan mata. Dimana pandangan mata babah dekat aku je dah boleh buat aku nangis. Babah nak cakap, tapi tak boleh 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 

Dapat tahu babah dah tak ada. Orang pertama yang tahu, dia. Orang kedua, atiqah. Aku sedar, beritahu dia orang tapi dia orang tak dapat nak datang sebab jauh. Tapi dua orang tu je terlintas dalam fikiran. Lepas dah reda, baru terfikir nasrin dengan mastura. Dekat rumah. Dekat masjid. Pergi kubur. Aku tak pernah tinggalkan babah. Aku ikut babah pergi memana. Aku tak malu nangis depan orang bila dapat tahu aku tak dapat nak mandikan babah. Selepas dah siap semua, aku pergi dekat babah. Cium buat kali yang terakhir, Allahuakbar 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭. Wajah ni aku akan rindu setiap malam. Wajah ni aku akan ingat seumur hidup aku. Bersihnya babah, tenangnya babah. Seolah, sebelum ni babah tak pernah sakit. 

Ya Allah, semoga apa yang aku lalui ni tak terjadi dekat orang² yang aku sayang ya Allah. Jangan biarkan dia orang rasa apa yang aku rasa. Setiap manusia akan merasai mati. Tapi bila berlakunya benda tu, Kau kuatkan semangat mereka, Kau himpunkan mereka bersama kawan², keluarga, supaya mereka tak rasa keseorangan semasa hadapi dugaan besar dari Kau ya Allah. 



Al-Fatihah untuk Muhamad Rusdi bin Abdul Rahman. I MISS YOU, BAH 🥰