Monday, 11 October 2021

Happy Birthday

 Assalamualaikum Babah! Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Muhamad Rusdi, Allah selamatkan kamu. Happy Birthday Babah. Tahun ni kita tak dapat nak celebrate birthday macam selalu, tak ada makan², tak ada keluar jalan². Syamimi rindu babah 😭 sakit dia masih lagi terasa, masih lagi segar dalam ingatan, macam mana babah tengok, macam mana babah panggil, macam mana babah jalan, macam mana babah marah. Babah sangat kuat, sangat² kuat. Semua sakit, babah tak pernah complain, tak pernah mengadu, tak pernah cakap. Semuanya babah simpan sendiri. Bah, tak ada apa lagi syamimi harap selain, semoga babah sentiasa tenang, dihimpunkan bersama dengan orang² yang beriman, ditempatkan di Syurga Firdaus, diampunkan segala dosa babah, dilapangkan kubur babah. Nanti kita semua akan jumpa kan bah? Nanti kita celebrate semuaaaaaaaaa sekali ok? Tunggu syamimi. I LOVE YOU SO MUCH! 


Al- Fatihah Muhamad Rusdi Abdul Rahman 🥰

Thursday, 30 September 2021

October 🥲


Assalamualaikum babah! Hi bah hi bah hi bah!!! Haha esok dah masuk bulan 10 dah bah. Bulan yang sangat tough untuk syamimi. 7/10, 9/10, 11/10. Selang satu hari monthsary, selang satu hari babah 6 bulan, selang satu hari birthday babah 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Kita tak dapat celebrate birthday sama², tak dapat makan cake, tak dapat makan makanan fav babah, kambing. Cepat sangat masa berlalu ya Allah. Oh babah, nanti in shaa Allah, paling lewat 9/11 dah siap tempat baru babah. Tadi syamimi pergi dengan mama, bincang semua and tengok babah sekali. Hari ni ada ahli baru datang, semoga roh dikalangan orang² yang beriman. 

Babah, nanti e-convo syamimi bulan 11. Tapi dia orang cakap tunggu keputusan sebab esok start semua dah boleh. And may be merentas negeri pertengahan bulan 10. Harap dapat convo macam biasa. Tapi nanti mesti syamimi nangis, sebab selalu kita bertiga akan amik gambar and babah orang yang akan amik gambar banyakkkkkk banyakkkk, gambar syamimi, gambar convo, gambar semuaaaaa. Tahun ni lain sangat bah. Tahun ni betul² dugaan untuk syamimi. 

Babah, bukan bulan 10 je yang tough, nanti bulan 4 pun sama. Sepatutnya kita orang dah 2 tahun, babah dah 1 tahun 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 rasa sekejap sangat. Tahun ni syamimi banyak kehilangan, bah. Syamimi hilang babah, syamimi hilang kerja, syamimi hilang dia. 

Teringat time babah sakit, lepas babah dah minum air, syamimi kasi ais cream. Tapi time tu syamimi cakap, tak abiskan air, tak nak kasi ais cream. Time tu syamimi menyesal sebab babah tak abiskan air and syamimi pergi dapur kemas, terus nak masuk bilik tak nak kasi babah aiscream. Tapi babah tengok syamimi je time tu, syamimi perasan, tanya nak ais cream ke. Babah angguk 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 syamimi pergi amikkan and suapkan untuk babah. Ya Allah, kalau syamimi tak perasan time tu, syamimi biarkan je babah. Kejamnya aku time tu ya Allah. Kejamnya aku time babah sakit time babah perlukan aku 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 babah tak pernah buat aku macam tu. Ya Allah. Teringat babah tetiba hulur tangan. Teringat babah tetiba angkat tangan. Syamimi tak pernah nampak babah nangis selama syamimi hidup. Tapi time babah sakit, ya Allah. Betapa sakitnya hati bila nampak babah nangis depan mata. Dimana pandangan mata babah dekat aku je dah boleh buat aku nangis. Babah nak cakap, tapi tak boleh 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 

Dapat tahu babah dah tak ada. Orang pertama yang tahu, dia. Orang kedua, atiqah. Aku sedar, beritahu dia orang tapi dia orang tak dapat nak datang sebab jauh. Tapi dua orang tu je terlintas dalam fikiran. Lepas dah reda, baru terfikir nasrin dengan mastura. Dekat rumah. Dekat masjid. Pergi kubur. Aku tak pernah tinggalkan babah. Aku ikut babah pergi memana. Aku tak malu nangis depan orang bila dapat tahu aku tak dapat nak mandikan babah. Selepas dah siap semua, aku pergi dekat babah. Cium buat kali yang terakhir, Allahuakbar 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭. Wajah ni aku akan rindu setiap malam. Wajah ni aku akan ingat seumur hidup aku. Bersihnya babah, tenangnya babah. Seolah, sebelum ni babah tak pernah sakit. 

Ya Allah, semoga apa yang aku lalui ni tak terjadi dekat orang² yang aku sayang ya Allah. Jangan biarkan dia orang rasa apa yang aku rasa. Setiap manusia akan merasai mati. Tapi bila berlakunya benda tu, Kau kuatkan semangat mereka, Kau himpunkan mereka bersama kawan², keluarga, supaya mereka tak rasa keseorangan semasa hadapi dugaan besar dari Kau ya Allah. 



Al-Fatihah untuk Muhamad Rusdi bin Abdul Rahman. I MISS YOU, BAH 🥰
 

Wednesday, 29 September 2021

7th Chords


Dah belajar bout Swing 8th then ni 7th Chords. Susah memula nak biasakan dengan chord baru. Tapi lelama bila selalu practice, dah boleh main chords WITHOUT tengok keyboard OK! Hahaha tapi kalau otak kemana mana, tangan pun ntah kemana mana 😆 


Pop chords I-III reminder.
 

Now tengah belajar Diminished Chords. 🙂 ha ha ha

Thursday, 23 September 2021

B3


1. Salah arrow: bola masuk 1-2 pocket 

And yess, muka stress 🙃

B2

 


1. Bahu still push! 

2. Lucky strike: bola tak sampai break point and tak solid masuk 1-3 pocket

B1

 


1. Betulkan cara jalan lepas baling bola, sopan sikit pls, jangan jalan mcm gangster 

2. Balancing out! 

3. Jangan push your shoulder,tangan kiri akn tertarik ke belakang and its weird!